Apakah aplikasi MySejahtera?

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19;
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19;
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19; dan
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Siapakah peneraju aplikasi MySejahtera?

Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN)Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Siapakah pengguna aplikasi MySejahtera?

Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu:

  • Pentadbir aplikasi di KKM; dan
  • Rakyat Malaysia dan semua warga asing yang menetap di Malaysia.




UNTUK PENGGUNA


UNTUK BUKAN PENGGUNA


UNTUK PEMILIK PREMIS